NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Petronas kekurangan bekalan diesel hingga 31 Disember



PETALING JAYA – Petronas Dagangan Berhad (PDB) menjangkakan isu bekalan diesel akan berterusan sehingga 31 Disember ini.

Petronas dalam kenyataan hari ini mengakui beberapa stesen minyak di bawah kendalian syarikatnya sedang menghadapi kehabisan stok diesel.

“PDB ingin memaklumkan bahawa beberapa stesen Petronas di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel dan isu ini dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2023.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman web syarikat berkenaan.

PDB bagaimanapun memberi jaminan kepada pengguna bahawa syarikat itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan bagi meminimumkan gangguan tersebut.

“Untuk bantuan atau maklumat lanjut, sila hubungi Mesralink di talian 1300888181. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda,” katanya. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo