Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib usul tersebut pula disokong sebulat suara oleh lebih 300 perwakilan yang hadir ke Konvensyen PAN Selangor 2023.
“Adakah menjadi pak turut kepada DAP adalah salah satu usaha mengukuhkan kerajaan perpaduan seperti yang diseru Pengerusi PAN Selangor?” katanya dalam kenyataan, hari ini
Maklumlah, ujarnya DAP mempunyai kerusi parlimen terbanyak dalam kerajaan hari ini.
“Sedarkah PAN bahawa DAP hanya gunakan mereka untuk menampakkan seolah-olah agenda persempadanan semula ini datang dari suara akar umbi orang Melayu?” tanya beliau.
Dulu, ujar beliau mantan Menteri Wilayah Persekutuan daripada PAN, Khalid Samad kata persempadanan semula pilihan raya cuma cerita dongeng tetapi hari ini PAN sendiri yang bantu merealisasikan hasrat DAP.
Tambahnya, PAN yang memegang 5 daripada 56 kerusi DUN di Dewan Negeri Selangor sepatutnya membawa suara Melayu Islam dan bukannya membawa naratif DAP yang merugikan bangsa sendiri.
“Kalian sudah mencapai usia 8 tahun dan sewajarnya sudah mumaiyiz untuk memilih antara baik dan buruk. Jangan hinakan diri dengan menjadi khadam kepada DAP,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 19/12/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment