NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlis tarik pelaburan RM2.906 bilion sehingga Nov




KANGAR: 
Sehingga November lepas kerajaan Perlis berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.906 bilion.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, pelaburan tersebut melibatkan enam syarikat di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA).

Katanya, sehingga November 2023, kerajaan negeri memberi kelulusan kepada enam syarikat untuk melaksanakan pembangunan di CVIA dengan anggaran nilai pelaburan sebanyak RM2.906 bilion.

“Kilang pertama dijangka akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun 2024,” katanya pada Mesyuarat Keempat Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PN-Guar Sanji) yang meminta penjelasan mengenai jumlah pelaburan ke negeri itu.

Mengulas lanjut Menteri Besar berkata, gabungan komitmen, kebijaksanaan, konsistensi dan hubungan serta jaringan yang baik diperlukan bagi menambah jumlah pelaburan.

“Pelaburan bukan suatu perkara yang objektif kerana ia memerlukan komitmen, kebijaksanaan, konsistensi dan hubungan serta jaringan yang baik.

“Dalam pelaburan mengandungi dua terma asas iaitu pelaburan diluluskan dan pelaburan direalisasikan.

“Dalam konteks pelaburan diluluskan membawa maksud pelaburan yang dibawa masuk ke dalam negara/negeri sama ada pelaburan langsung domestik (DDI) atau pelaburan langsung asing (FDI) yang mendapat kelulusan kerajaan.

“Manakala bagi pelaburan direalisasikan bermaksud pelaburan yang telah dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/12/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo