NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perang tetap berlaku walaupun Hamas dihapuskan – Tun M



KUALA LUMPUR – Konflik Palestin-Israel tidak akan berakhir walaupun setelah rejim Zionis Israel membunuh semua anggota Hamas di Gaza.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat Palestin yang lain akan menggantikan tempat Hamas kerana mereka tidak melupakan tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan.

“Permusuhan akan berpanjangan dari generasi ke generasi. Peperangan akan berlaku. Keamanan tidak akan wujud.

“Balas dendam, pengeboman bunuh diri dan pembunuhan akan terus berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keganasan rejim Zionis Israel yang memasuki hari ke-85 semalam telah mengorbankan seramai 30,034 nyawa termasuk 11,833 kanak-kanak dan 6,009 wanita.

Dr Mahathir memberitahu, satu-satunya pencapaian rejim Zionis Israel adalah mewujudkan musuh-musuh abadi.

“Dunia akan mengenai orang Israel sebagai bangsa yang kejam dan tidak bermoral kerana mereka tidak mempedulikan hak asasi manusia dan tidak mempunyai belas kasihan,” jelasnya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada orang Israel layak digelar manusia kerana mereka tergamak melakukan kekejaman terhadap manusia lain.

“Sedangkan haiwan pun membunuh kerana untuk mendapatkan makanan. Tetapi orang Israel membunuh kerana mereka mahu melakukannya.

“Mereka percaya keselamatan dapat dicapai dengan membunuh rakyat Palestin,” katanya.

Dr Mahathir menambah, Amerika Syarikat (AS) tidak boleh menganggap ia sebuah negara yang bermoral ekorannya tindakannya menyokong pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel di Gaza.

“AS juga sama bersalah seperti Israel atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin,” jelasnya. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo