Anggota Exco kerajaan negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kos makanan ternakan sekarang semakin meningkat menyebabkan penternak terpaksa mencari alternatif.
Katanya ada penernak di Kuala Krai mengusahakan tanaman rumput napier di kawasan seluas hampir 20 ekar di Kampung Mengkebang.
“Kawsan seluas 12 ekar sudah boleh dituai dan sebanyak 7 ekar lagi dalam proses penanaman. Kawasan tersebut sangat strategik kerana berada di kawasan yang agak tinggi.
“Ia terhindar daripada banjir bagi membolehkan rumput napier dituai sepanjang tahun,” katanya selepas melawat ladang tersebut semalam.
Hadir sama Adun Mengkebang Zubir Abu Bakar dan pegawai Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB).
Tuan Mohd Saripudin juga berkata, KPKB melihat potensi untuk mengkomersialkan produk silaj napier ke pasaran lebih luas pada masa akan datang.
“Semoga dengan kerjasama tersebut sedikit sebanyak dapat memajukan sektor penternakan lembu dalam usaha menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/12/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment