KUALA LUMPUR: Aksi final Piala Malaysia sedikit kecoh selepas persembahan pengadil, S Logeswaran lebih mencuri tumpuan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ini selepas Logeswaran didakwa memberikan penalti yang 'lembut' buat JDT susulan kekasaran Azam Azmi Murad ke atas Fernando Forestieri pada minit kelima.
Logeswaran tampak tidak menunggu masa yang lama untuk menghadiahkan penalti kepada Harimau Selatan yang disempurnakan Bergson da Silva untuk gol pembukaan.
Namun 'layanan berbeza' diberikan kepada TFC apabila penyerangnya, Ivan Mamut dijatuhkan Jordi Amat.
Logeswaran pada mulanya tidak memberikan sepakan penalti namun pembantu pengadil, Muhammad Farhan Abdul Aziz mengangkat bendera untuk mengesahkan ia adalah penalti.
Penalti itu disempurnakan Mamut untuk gol penyamaan TFC.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment