NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk Kampung Setia Jaya tuntut pampasan rumah tanpa syarat

Penduduk Kampung Setia Jaya diarahkan mengosongkan tanah itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR).



KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Setia Jaya, Setapak menuntut pampasan berbentuk rumah tanpa syarat daripada pemilik tanah Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) susulan perintah pengosongan tanah oleh Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 500 penduduk bakal kehilangan penempatan mereka selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan pemilikan tanah Kampung Setia Jaya kepada KTAR pada 11 Dis lalu dan mengarahkan semua penduduk mengosongkan tanah itu dalam tempoh 18 bulan.

Difahamkan, KTAR menawarkan dua pilihan kepada penduduk, iaitu yang setuju berpindah akan diberikan pampasan RM30,000 untuk membeli rumah dan tambahan RM10,000 sebagai kos pemindahan, manakala yang enggan hanya diberikan pampasan RM30,000.

Zainal Abidin Napi.

Generasi pertama kampung itu, Zainal Abidin Napi, 65, menyifatkan tawaran KTAR tidak masuk akal memandangkan mereka meneroka tanah itu lebih 50 tahun lalu dan kini ia mempunyai nilai hartanah tinggi.

“Kalau dapat sogokan, tolak nilai tapak rumah kita, satu tapak rumah bernilai RM3 juta, iaitu nilai sekarang. Janganlah kita nak terima RM30,000 atau RM100,000. Jangan terima!” tegasnya dalam pertemuan di Dewan Umno Kampung Setia Jaya.

Beliau berkata, pampasan rumah itu perlu dibangunkan atas tanah kampung terbabit kerana mereka sudah selesa tinggal di sana, termasuk berdekatan pusat bandar Kuala Lumpur.

Zalipah Jaafar, 65, berharap mereka diberikan pampasan setimpal susulan arahan mengosongkan tanah itu dalam tempoh 18 bulan.

“Inilah perjuangan kami untuk dapatkan rumah sesuai yang boleh diduduki lama, bukan arah pindah begitu saja dan bagi ganti rugi.”

Muhammad Syafiq Noor Sham.

Penduduk generasi ketiga, Muhammad Syafiq Noor Sham, 31, berkata rata-rata penduduk di sana golongan B40 yang tidak mampu membeli rumah.

“KTAR hanya tawar RM30,000 subsidi rumah dengan yuran pemindahan RM10,000. Saya rasa tak logik dan tak adil untuk kami yang dah meneroka 50 tahun di sini.”


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo