NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk bantah bina asrama pekerja asing di Teluk Kumbar


Penduduk berkata asrama di Teluk Kumbar itu boleh memuatkan lebih 30,000 pekerja asing, lebih ramai berbanding 15,000 populasi penduduk di situ.



GEORGE TOWN: Kira-kira 1,000 penduduk di Bayan Lepas mengadakan bantahan amal bagi membantah pembinaan dua asrama pekerja asing berhampiran kawasan kediaman mereka.

Penduduk mendakwa, asrama di Teluk Kumbar itu boleh memuatkan lebih 30,000 pekerja asing, lebih ramai berbanding 15,000 populasi penduduk di situ.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Marzitah berkata, kebanjiran pekerja asing di kawasan itu menimbulkan kebimbangan terutama sekali terhadap golongan wanita.

Katanya, beberapa wanita pernah diganggu termasuk dipanggil dengan perkataan yang tidak senonoh oleh beberapa pekerja asing yang tinggal di kawasan itu.

“Kami kini takut untuk berjalan kaki untuk ke masjid untuk solat Subuh kerana pekerja asing ini beramai-ramai keluar rumah menunggu untuk menaiki bas kilang,” katanya.

Bekas timbalan naib canselor Universiti Sains Malaysia Idiris Saleh berkata kebanjiran pekerja asing tidak akan membantu menaikkan ekonomi.

“Berbilion-bilion ringgit akan mengalir keluar negara. Mereka akan merosakkan ekonomi kita,” katanya.

Beberapa pemimpin politik yang turut hadir memberi sokongan kepada penduduk berkata, projek berhampiran kawasan kediaman di pekan nelayan itu akan mencetuskan masalah kepada penduduk.

Bekas Adun Umno Farid Saad berkata bas kilang yang bakal masuk ke jalan-jalan sempit di kawasan kediaman itu akan memburukkan lagi kesesakan jalan raya di pekan itu.

“Bagaimana penduduk nak tidur nyenyak apabila ada bas lalu pada jam 4.30 pagi? Sekiranya kerajaan negeri kata ini boleh diterima, saya cabar ketua menteri dan exco untuk tinggal di sini bagi membuktikannya,” katanya.

Farid berkata asrama pekerja sepatutnya dibina dalam kawasan zon industri, dan mengapa majlis perbandaran meluluskan projek itu walaupun dibantah Adun dan Ahli Parlimen kawasan itu.

Ravinder Singh dari Parti Rakyat Malaysia berkata jalan persisiran pantai yang menghubungkan Teluk Kumbar dan Pulau Pinang sering sesak ketika waktu puncak, dan pengguna mengambil masa sekurangnya 90 minit untuk menempuh jalan sejauh 11km itu.

“Mengapa mereka tidak membina asrama pekerja di Seberang Perai sahaja dan menggunakan jambatan untuk ke pulau? Ia hanya mengambil masa 30 minit sahaja,” katanya.

Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang Azrul Mahathir Aziz yang juga Adun Bayan Lepas dari Pakatan Harapan berkata, beliau membantah keras projek itu pada 2020.

FMT cuba menghubungi Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan datuk bandar untuk mendapatkan maklum balas.


Sumber | 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo