NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelan jana hasil kurang kebergantungan Terengganu kepada royalti petroleum, gas, kata MB

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hasrat kerajaan negeri tahun depan adalah untuk mendepani cabaran ekonomi dalam tempoh 5 tahun akan datang.



PETALING JAYA: Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk mengoptimumkan hasil pendapatan negeri melalui Pelan Penjanaan Pendapatan Baharu bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil royalti petroleum dan gas, kata menteri besarnya.

Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelan yang mengandungi tujuh strategi itu menggariskan tiga objektif utama, iaitu mengoptimumkan sumber sedia ada, mengeksplorasi sumber baharu serta mencari peluang menjana pendapatan baharu.

“Dalam penggal yang lalu, Terengganu berjaya mengurangkan 3 hingga 4% kebergantungan kepada royalti dan kita optimis ia akan dapat dikurangkan lagi dengan pelan yang dirancangkan,” katanya dalam perutusan tahun baharu di Facebook.

Dalam pada itu, Samsuri, yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, hasrat kerajaan negeri tahun depan adalah untuk mendepani cabaran ekonomi dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita perlu bersedia dan berfikiran terbuka untuk melakukan anjakan paradigma selaras dengan perubahan persekitaran yang berlaku.

“Tugas ini tidak mudah dan cabarannya juga pasti banyak, namun jika ia tidak dimulakan, hasilnya tidak akan datang,” katanya.

Untuk memastikan perancangan dan agenda kerajaan negeri berhasil, Samsuri menyeru semua pihak pada pelbagai peringkat agar bekerja secara bijaksana dan bekerjasama dengan pelbagai agensi dan jentera di lapangan.

“Kita juga memerlukan pemikiran dan kemahiran analitikal serta interpersonal apabila mengemudi sesebuah kumpulan mahupun yang lebih besar seperti negeri dan negara.

“Kita harus melakukan ubahsuai dalam cara kita memberikan perkhidmatan agar sentiasa responsif, relevan, cekap, cepat dan berkesan dalam memenuhi segala keperluan dan harapan rakyat yang berada di hadapan kita.

“Insya-Allah dengannya, kita mampu menawarkan model pentadbiran yang lebih baik,” katanya.

Dalam perutusannya, Samsuri berkata, sepanjang tempoh penggal lepas, pentadbiran PAS di Terengganu telah berjaya melaksanakan 20 manifesto PRU14.

Selain itu, katanya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri itu turut menunjukkan peningkatan setiap tahun, kecuali pada 2020, ketika wabak Covid-19 turut menjejaskan ekonomi dunia.

“Kadar pengangguran (di Terengganu) turut mencatatkan penurunan kepada 3.6% tahun lepas berbanding 4% (pada) tahun sebelumnya,” katanya sambil menjelaskan kadar itu lebih rendah daripada kadar nasional iaitu 3.9%.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo