- Kecaman Justice For Sisters (JFS) terhadap hasrat Kerajaan Johor menubuhkan pusat pemulihan untuk kelompok akidah terpesong dan LGBT merupakan kecaman salah dan melanggar konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.
- “Pengumuman Kerajaan Johor tentang pusat pemulihan akidah terpesong dan juga pengamalan hubungan sesama jenis tersebut adalah secara khusus berkaitan umat Islam di Johor, ia bukan berkaitan mana-mana komuniti lain yang bukan beragama Islam.
- “Justeru kenyataan JFS dalam Malaysiakini pada hari ini bertajuk ‘Penyeksaan’ – NGO hak asasi selar cadangan pusat pemulihan LGBT di Johor’, secara jujur dan objektif saya mengatakan adalah satu kenyataan yang tidak ada hak untuk dikeluarkan JFS tersebut.
- “Malahan satu kenyataan yang tidak betul, tidak tepat dan tidak mematuhi serta tidak menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi klip video dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.
KUALA LUMPUR — Kecaman Justice For Sisters (JFS) terhadap hasrat Kerajaan Johor menubuhkan pusat pemulihan untuk kelompok akidah terpesong dan LGBT merupakan kecaman salah dan melanggar konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kata peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla.
Haniff berkata kenyataan songsang JFS itu akan menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati dan membangkitkan kemarahan kelompok Muslim kerana dilihat mencampuri urusan agama Islam yang tiada kaitan dengan individu bukan Islam.
“Pengumuman Kerajaan Johor tentang pusat pemulihan akidah terpesong dan juga pengamalan hubungan sesama jenis tersebut adalah secara khusus berkaitan umat Islam di Johor, ia bukan berkaitan mana-mana komuniti lain yang bukan beragama Islam.
“Justeru kenyataan JFS dalam Malaysiakini pada hari ini bertajuk ‘Penyeksaan’ – NGO hak asasi selar cadangan pusat pemulihan LGBT di Johor’, secara jujur dan objektif saya mengatakan adalah satu kenyataan yang tidak ada hak untuk dikeluarkan JFS tersebut.
“Malahan satu kenyataan yang tidak betul, tidak tepat dan tidak mematuhi serta tidak menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi klip video dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.
Haniff berkata sepatutnya rakyat Malaysia wajar memahami di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Islam merupakan agama persekutuan yang menentukan wujudnya dua jenis undang-undang buat Muslim di negara ini iaitu undang-undang Malaysia (sivil) dan undang-undang syariah.
Katanya, sebarang perkara menjadi bidang kuasa syariah yang terpakai kepada individu Muslim tidak mengganggu gugat, malah tidak boleh dicampuri dengan kenyataan daripada pihak bukan beragama Islam yang tidak memahami perundangan Islam.
“Yang kedua JFS juga secara salah mengatakan kononnya pengadaan pusat pemulihan itu bercanggah dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
“Mereka perlu mendapatkan nasihat undang-undang yang tepat — hak kerajaan-kerajaan negeri untuk menyelia dan menggubal peruntukan perundangan syariah tidak menjadikan dia berlawanan kepada Perkara 5 ataupun Perkara 8 (di mana) Perlembagaan cukup jelas dengan perkara ini,” kata Haniff membidas kenyataan JFS.
Semalam, pengasas bersama JFS, Thilaga S berkata menahan individu atas alasan menukar orientasi seksual, identiti jantina dan ekspresi mereka adalah sama dengan penyeksaan.
Thilaga S berkata pusat seumpama itu mencabuli hak asasi manusia dan melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, yang melindungi kebebasan individu, privasi dan maruah rakyat Malaysia.
Peguam bela hak-hak LGBTQ itu menambah pusat berkenaan juga melanggar Perkara 8, yang melindungi kesaksamaan di sisi undang-undang dan melarang diskriminasi berdasarkan jantina.
JFS menggesa rancangan itu dibatalkan dan meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (SUHAKAM) melibatkan Kerajaan Johor dan melakukan penilaian hak asasi manusia ke atas pusat yang sama di seluruh negara.
Membidas kenyataan itu, Haniff berkata gesaan JFSyang meminta SUHAKAM untuk mencampuri urusan berkenaan adalah salah.
“Ini kerana Akta SUHAKAM sendiri menyatakan suruhanjaya hak asasi Malaysia berpandukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan hak negeri untuk menggubal undang-undang Islam yang terpakai kepada orang Islam.
“Jadi JFS kena terlebih dahulu memahami struktur pentadbiran negara di bawah Perlembagaan Persekutuan, memahami apakah itu bidang kuasa Islam negeri dan memahami apakah itu jurisprudenceIslam.
“JFS juga salah dalam mengatakan kononnya pengadaan pemulihan tersebut berlawanan dengan keputusan dibuat dalam kes yang membatalkan Seksyen 28 Enakmen Syariah Negeri Selangor, semestinya Enakmen Syariah Selangor tidak terpakai di Johor,” katanya.
Justeru, Haniff berharap semua pertubuhan bukan kerajaan yang bukan khusus kepada kelompok Islam menghormati struktur pentadbiran negara di bawah Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Haniff Khatri
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment