NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tidak pernah tolak agenda penyatuan ummah

BANGI, 22 Jamadilawal 1445H, Rabu – PAS tidak menolak untuk kembali bekerjasama dengan UMNO meskipun pernah berdepan peristiwa hitam dalam hubungan dua parti itu sebelum ini.

Bagaimanapun Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, partinya tidak pernah mengenepikan penyatuan agenda penyatuan ummah.

“Namun kerjasama itu semestinya perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai Bersatu.

“Kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja melalui PN kerana parti ia adalah parti utama.

“Sebarang kerjasama politik mestilah dipersetujui oleh Majlis Syura,” katanya seperti dipetik portal tempatan, hari ini.

Isnin lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Isham Jalil berkata, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya PAS berjaya memujuk Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).

Dedahnya dengan bertautnya kembali kerjasama dua parti terbesar Melayu dan Islam itu, tidak mustahil kerajaan akan tumbang dan digantikan dengan kerajaan muafakat dalam masa terdekat.

MN terbentuk pada 14 Sepetember 2019 adalah piagam diperakukan UMNO dan PAS.

Gagasan berkenaan dibentuk berikutan UMNO hilang kuasa dalam kerajaan melalui Pilihan Raya Umum ke-14.

Kemelut dalam MN berlarutan berikutan pemimpin antara dua parti berkenaan masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain.

Pada PRU15, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak solo yang menyaksikannya hanya menang 30 kerusi, manakala PN pula menguasai 74 kerusi.

UMNO kemudian menjadi sebahagian anggota kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber | ismaweb.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo