NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Perak serah lebih RM500,000 bantu rakyat Palestin




PARIT: 
PAS Perak berjaya mengumpul dana berjumlah RM521,607 untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat kezaliman Zionis Yahudi.

Menurut Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Yahaya, sumbangan Tabung Kecemasan 2.0 berjumlah RM122,907.84 yang berjaya dikumpul daripada 24 kawasan.

“Sumbangan ini merupakan tanda solidariti serta menzahirkan semangat kemanusiaan ahli-ahli PAS terhadap perjuangan rakyat Palestin yang belum lagi bernoktah.

“InsyaAllah, selain doa dan munajat yang berterusan, ini adalah tanda jihad kita. Mudah-mudahan Allah merahmati usaha kecil ini,” katanya pada program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat Negeri Perak, di sini semalam,

Penyerahan replika cek Tabung Kecemasan Palestin 2.0 dilakukan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakari kepada Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.

Khalil juga berkata, PAS Perak masih menerima respon positif daripada PAS kawasan-kawasan untuk menggerakkan tabung dana Palestin.

Terdahulu, sumbangan Tabung Kecemasan Palestin 1.0 PAS Perak diserah kepada PASRelief pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-69 di Shah Alam, Oktober lalu. – HARAKAHDAILY 31/12/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo