NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas Johor beri amaran, DAP jangan bermain api



KUALA LUMPUR – Pas Johor memberi amaran kepada DAP agar tidak cuba bermain api berhubung cadangan melantik pakar dari kalangan bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menggubal Undang-undang Syariah.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Johor, Abdullah Husin menegaskan, cadangan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham berhubung perkara itu adalah sesuatu yang amat biadab.

Katanya, apa yang dizahirkan adalah cubaan untuk campur tangan di dalam urusan agama Islam itu sendiri.

“Pas Johor juga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Dr Asyraf Wajdi mewakili UMNO di atas kenyataan segera menyanggah cadangan tersebut.

“Islam adalah Agama Persekutuan yang tercatat di dalam perlembagaan negara. Ianya bukan suatu yang boleh diperkotak-katikkan sesuka hati mengikut kehendak akal manusia lebih-lebih lagi dari kalangan bukan Islam.

“Panduan ajaran Islam adalah kitab suci Al-Qur’an dan As-Sunnah Rasulullah SAW yang hanya ahlinya yang boleh memahaminya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdullah berkata, di Malaysia urusan pentadbiran agama Islam termasuklah perundangan Islam dipandu oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang cukup berhemah dan bijaksana.

“Maka kenyataan biadap oleh MP (ahli Parlimen) kanan tersebut, jelas sengaja mencabar dan merendahkan peranan institusi diraja didalam mengemudi kedaulatan Islam di dalam negara ini.

“Kesucian Islam perlu dipertahankan. Muafakat Ummah membawa sejahtera untuk semua,” ujarnya. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo