NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MKT UMNO putuskan semua MP, ADUN terus sokong Anwar



KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan semua Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diputuskan sebagaimana yang diputuskan oleh MKT UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Januari 2023. 

“Mesyuarat memperakukan bahawa semua Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN UMNO akan terus mendokong pendirian parfi untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. 

Sebelum ini terdapat dakwaan daripada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang mendakwa lebih 10 Ahli Parlimen blok kerajaan bakal beralih sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Dalam masa sama, Asyraf Wajdi berkata, UMNO bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri bermula bulan hadapan selain menganjurkan Kolokium Khas berhubung Kongres Ekonomi Bumiputera. 

“Bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasakan, UMNO pada 6 Januari 2024 akan mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal membentangkan hala-tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk umat Melayu di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo