NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Minum kopi dengan sahabat lama pun jadi riuh-rendah' - Khairuddin



SHAH ALAM - Bekas Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menjelaskan pertemuan bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil di sebuah restoran yang ditularkan pihak tertentu hanyalah pertemuan antara sahabat.

Menurut Khairuddin, walaupun mempunyai perbezaan pendapat dalam politik, namun silaturahim dan persahabatan mereka tetap erat.

"Saya berjumpa minum kopi dengan sahabat lama pun jadi riuh-rendah. Kenapa begitu?

"Jangan panik dan buat spekulasi rambang, tiada apa yang akan berlaku.

"Kami hanya sembang kosong," katanya menerusi hantaran di X pada Selasa.

Sebelum ini gambar pertemuan Khairuddin dan Isham di restoran terbuka tersebar sehingga mengundang pelbagai spekulasi selain dilabel sebagai orang perantaraan bagi melakukan kerja jahat bagi parti serta individu tertentu.

Dalam pada itu, Isham turut memuat naik video di Facebook pada Selasa menjelaskan mengenai perjumpaan tersebut diadakan kerana Khairuddin ingin memperbaiki hubungan dengan UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain penyatuan Melayu.

"Cuma untuk mereka yang nak buruk-burukkan saya dengan cara menularkan gambar pertemuan, pertama cukuplah nak fitnah orang.

"Ini budaya lama yang menghancurkan kita.

"Saya tak guna politik negatif terutama melibatkan peribadi.

"Saya berseteru dengan Tun Dr Mahathir dan kritik Datuk Seri Anwar tetapi tidak guna isu peribadi," jelasnya.

Beliau turut mengingatkan pihak suka bermain dengan isu fitnah agar memberikan fokus kepada perkara yang boleh membawa negara ke arah lebih baik.


Sumber I Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo