NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir cecah 13,000 orang

Mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Pasir Mas, 1,054 orang hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin buruk dengan pertambahan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding pagi tadi.

Bagaimanapun di Negeri Sembilan, banjir pulih sepenuhnya dengan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Machang, Lenggeng, Nilai ditutup pada 12 tengah hari tadi.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 9,721 orang daripada 2,962 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 1,991 orang daripada 561 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, sebanyak 65 PPS dibuka melibatkan enam jajahan di negeri itu iaitu Kuala Krai (20), Tanah Merah (19), Pasir Mas (17), Gua Musang (empat), Machang (tiga) dan Jeli (dua).

Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, paras air empat sungai utama di negeri itu iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Nal di Kuala Krai, Sungai Golok di Tanah Merah serta Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas berada pada tahap bahaya.

Banjir gelombang ketiga di Terengganu semakin memburuk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di enam daerah meningkat kepada 4,294 orang daripada 1,147 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 2,281 orang daripada 661 keluarga pagi tadi.



Sumber | BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo