NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis



Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berumur 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung kenyataan individu itu yang disyaki menyokong supaya Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki itu disyaki membuat kenyataan berkenaan dalam satu temu bual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali yang telah dimuat naik dalam laman TikTok sebuah portal media tempatan, lapor Bernama.

Menurutnya, lelaki itu direman selama dua hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini.

“Siasatan kes ini telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/ Pendakwaan (D5) JSJ di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohd Shuhaily berkata memandangkan kes itu masih dalam siasatan, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi mengenainya.

“Polis mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Baru-baru ini tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia, menerusi satu temu bual dalam talian dengan pempengaruh Israel Hananya Naftali, disyaki berkata Malaysia dengan Israel perlu ada hubungan diplomatik selain meminta agar kedutaan Israel dibuka di negara ini.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo