NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Larangan jualan arak: Mengapa perlu tarik semula?




KEPUTUSAN Kerajaan Madani untuk menarik semula larangan penjualan minuman keras di Kuala Lumpur melalui kenyataan daripada DBKL adalah suatu yang menghairankan. 

Ia menjadi tanda tanya kepada kita, siapakah di sebalik keputusan ini? Sedangkan pada tahun 2021, kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) ketika itu telah mengambil langkah mengehadkan penjualan minuman keras dan penetapan masa di Wilayah Persekutuan dengan tidak membenarkan lesen baharu diberikan. 

Langkah yang diambil ini bukanlah suatu langkah yang terburu-buru. Kerajaan PN ketika itu telah membuat penilaian hasil daripada melihat keberkesanan kawalan yang dikenakan negara lain seperti Singapura dan United Kingdom. 

Selain itu Kerajaan PN juga telah mengadakan rundingan yang intensif dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti pemegang taruh sebelum mengambil langkah ini. Ini menunjukkan Kerajaan PN mengambil kira semua pihak sebelum membuat keputusan.

Kita menyeru agar Kerajaan Madani meneruskan langkah sebelum ini agar maslahat rakyat terjaga serta menyahut tuntutan maqasid syariah. Bagi saya tidak ada satu alasan kukuh untuk melonggarkan semula larangan penjualan minuman keras kecuali desakan berterusan daripada pihak yang mahu membuat keuntungan lumayan dari penjualan minuman keras. 

Maka persoalannya, siapakah mereka itu? 

DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian – HARAKAHDAILY3/12/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo