NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis



Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa dirinya menerima gangguan seksual membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Gangguan seksual dihadapinya itu terdapat dalam laporan polis yang dibuat oleh Pembantu Pegawai J-KOM semasa di Balai Polis Kajang semalam, menurut laporan media.

Perkara itu dikatakan berlaku semasa Bintulu, Sarawak pada pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya mengesahkan kes itu berdasarkan laporan Abdul Wahab selaku pengadu.

“Berdasarkan laporan itu, Abdul Wahab mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel di Bintulu.

“Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan,” katanya dipetik laporan BH.

Razarudin berkata, Wahab tampil membuat laporan polis bagi melindungi diri selain menafikan terbabit dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap Agus.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengenai kes ini dan akan memanggil beberapa individu untuk direkod keterangan.

Semalam, Wahab, bersama peguamnya Faizal Abd Rahman, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, bagi membuat laporan polis selain mendakwa tindakannya itu bagi membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah.

Wahab mengakui beliau tertekan dengan apa yang berlaku membabitkan dirinya dengan Agus.

Sebelum itu, Razarudin dilaporkan berkata, kertas siasatan berkaitan dakwaan video fitnah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo