NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LANGSUNG | Samsuri dijulang sebagai calon PM PAS



PRK KEMAMAN | Pengundi Kemaman keluar mengundi hari ini untuk memilih ahli parlimen baru.

Ini merupakan kali ketiga pengundi Kemaman keluar mengundi sejak November tahun lalu. Pilihan raya kecil (PRK) kali ini diadakan selepas Che Alias Hamid dari Perikatan Nasional (PN) kehilangan kerusinya susulan petisyen pilihan raya.

Saingan kali ini akan menyaksikan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden PAS mempertahankan kerusi PN menentang Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari BN, yang merupakan bekas panglima angkatan tentera Malaysia.

Ikuti laporan langsung dan kiraan tidak rasmi di bawah.

9.00 malam: Penjumlahan undi dibuat di Majlis Perbandaran Kemaman dan dijangka mengambil masa sejam lagi sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Sementara itu, hadirin di Arena Square meningkat kepada kira-kira 3,000 orang dan suasananya begitu meriah apabila setiap pengumuman keputusan tidak rasmi disambut dengan sorakan.

8.30 malam: Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahniah kepada PAS atas kemenangan mereka.

Dia berkata kemenangan PN tidak mengubah kerajaan perpaduan yang masih mempunyai 152 ahli parlimen manakala pembangkang kekal dengan 69 ahli parlimen.

"Sekarang boleh fokus segala usaha membela kebajikan rakyat dan memacu kembali ekonomi negara.

"Buat semua pengundi setia BN, terima kasih banyak kerana masih meyakini perjuangan ini," tulisnya di laman Facebooknya.

Dia menggesa penyokong BN supaya tidak terlalu kecewa dan meneruskan perjuangan.

Samsuri dijulang sebagai 'calon PM' PAS

8.25 malam: Pengacara majlis di Arena Square berulang kali merujuk Ahmad Samsuri sebagai calon perdana menteri untuk PAS.

Ahmad Samuri, 53, kini menggalas jawatan menteri besar Terengganu untuk penggal kedua.

Berasal dari Besut, Samsuri, mempunyai PhD dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa. Dia pernah menjadi pensyarah universiti dan menjadi terkenal apabila berkhidmat sebagai setiausaha politik Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 2008 ketika berusia 38 tahun.

Dikenali dalam kalangan PAS sebagai "Dr Sam", dia menyertai jawatankuasa PAS pusat pada 2009 dan dipilih sebagai naib presiden PAS pada 2019.

TAK RASMI: PN menang besar di Kemaman

8.10 malam: Berdasarkan pengiraan Malaysiakini menggunakan angka tak rasmi, Ahmad Samsuri Mokhtar dari PN telah memenangi pilihan raya kecil Kemaman.

Dengan anggaran peratusan keluar mengundi sebanyak 70 peratus, pengiraan tidak rasmi menunjukkan bahawa Ahmad Samsuri sudah jauh mendahului pencabarnya.

Ini berkemungkinan merupakan kemenangan terbesar PN di Kemaman dengan bahagian undi lebih 70 peratus, meningkatkan prestasinya pada 2022 dan 2018.

8:00 malam: Penyokong Perikatan Nasional mula membajiri Arena Square, di Chukai, bagi mengikuti perkembangan keputusan PRK Kemaman.

Mereka mula mengikuti keputusan tak rasmi yang dipaparkan melalui skrin besar.

Pengacara majlis turut membuat pengumuman dari semasa ke semasa sambil disusuli laungan takbir.

Turut kelihatan Pengerusi Bersatu Terengganu Razali Idris dan Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor.


7.50 malam: Ahmad Samsuri Mokhtar dari PN menunjukkan tanda akan meraih kemenangan besar selepas lebih separuh undi dikira.

Setakat laporan ini ditulis, PN telah memperoleh 36,115 undi berbanding BN 16,022 undi. Perkongsian undi PN pada ketika ini hampir 70 peratus.

Pada pukul 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya menganggarkan 60 peratus pengundi keluar mengundi.

7.15 malam: Terdapat 141,790 pengundi berdaftar dalam parlimen Kemaman yang seterusnya dibahagikan kepada empat DUN iaitu Kijal, Cukai, Air Putih dan Kemasik.

Semasa pilihan raya negeri pada 12 Ogos, PN mengekalkan Cukai, Air Putih dan Kemasik dengan menang besar dan merampas Kijal daripada BN. Kijal pernah menjadi kubu Ketua Umno Terengganu Ahmad Said.

Justeru, PN merupakan calon pilihan dalam saingan kali ini.


7.00 malam: Proses penjumlahan undi sedang dijalankan. PN akan berhimpun di Arena Square di Chukai manakala BN dijangka berhimpun di ibu pejabat Umno bahagian Kemaman.

Pusat pengiraan rasmi terletak di Majlis Perbandaran Kemaman.


[Laporan ini dikemas kini dengan perkembangan terbaru pada perenggan atas].


Sumber I Malaysiakini










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo