NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langgar pelajar sekolah: Pegawai kanan polis didakwa esok atas tuduhan membunuh

KEADAAN pelajar yang dilanggar sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, Perak. - UTUSAN


KUALA LUMPUR: Pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes kemalangan jalan raya membabitkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Ipoh, Perak akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, esok.

Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata, pegawai kanan tersebut yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam Kertas Siasatan, Jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek.

“Justeru, suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pada Isnin 18 Disember 2023.

“Mahkamah Majistret kemudian akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu berlaku membabitkan motosikal jenis Yamaha ditunggang Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, sebuah kereta Perodua Ativa dipandu suspek berusia 44 tahun.

Difahamkan, berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu kereta itu dengan mangsa kerana dikatakan membuat bunyi bising ekzos motosikal. – UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo