NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Langgar pelajar: Keputusan AGC bersandarkan siasatan, pegawai kanan ditahan kerja – KPN



PETALING JAYA: Keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) menuduh pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes kemalangan jalan raya membabitkan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Ipoh, Perak mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah bukti siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah telus.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, PDRM hanya menjalankan siasatan berlandaskan undang-undang sedia berdasarkan dapatan yang diperoleh pegawai penyiasat.

“Keputusan ini adalah kebijaksanaan Jabatan Peguam Negara dalam membuat penilaian bersandarkan kepada siasatan yang dilakukan pegawai penyiasat.

“Kes ini dikendalikan oleh Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah Ipoh bersama pasukan siasatan dengan baik serta berkredibiliti,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Peguam Negara mendakwa pegawai kanan polis itu di Mahkamah Majistret Ipoh, esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Razarudin memberitahu, pegawai kanan berkenaan akan ditahan kerja sebaik sahaja pertuduhan dibaca esok.

“Apa yang jadi ini diharap menjadi pengajaran buat semua warga polis agar tidak mengambil kesempatan di sebalik lencana yang dipakai mereka sehingga boleh mencemarkan nama baik pasukan,” tegasnya.

Terdahulu, Pejabat Peguam Negara memaklumkan, suspek kes kemalangan jalan raya membabitkan seorang calon SPM di Ipoh akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, esok.

Suspek yang juga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek.

Justeru, suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret, Ipoh, Perak pada Isnin 18 Disember 2023.

Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan. – UTUSAN





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo