Perkara itu disebut Ilan dalam ditemu bual Al Jazeera 6 Disember lalu yang dimuat naik di YouTube, mengupas fasa dan asas negara zionis Israel yang semakin menghampiri pengakhirannya.
“Israel bukan sahaja sebuah negara, tetapi ia sebuah projek. Ia satu projek penjajahan peneroka (haram). Dan saya fikir kita sedang melihat permulaan kepada pengakhiran projek ini,” katanya.
Pappe menjelaskan pergantungan material Israel kepada Amerika Syarikat adalah pergantungan material yang berpotensi untuk berubah pada bila-bila masa.
“Jika kita menggunakan indeks yang melihat kepada kadar ketahanan berdasarkan kemampuan materialnya, Israel dalam keadaan yang baik.
“Dan seperti yang kamu sebut dalam kata-kata pendahuluan kamu (merujuk penemu bual), ia cemerlang disebabkan (pergantungan) kepada Amerika Syarikat, jadi ini adalah situasi yang berpotensi untuk berubah,” katanya kepada Cyril Vanier dan beberapa panel lain.
Menduga penjajahan Israel bakal berakhir, Ilan berkata peningkatan kekerasan dan keganasan negara itu akan lebih terserlah.
“Sebagai sejarawan, saya boleh beritahu kamu bahawa apabila projek seperti penjajahan peneroka (haram) mencapai fasa akhirnya, malangnya, ia berlangsung dalam jangka masa yang panjang.
“Ia tidak berlaku dalam sehari dua. Dan masalahnya (pula adalah) sudah tentu mereka boleh menjadi lebih ganas dan tidak berhati perut,” katanya. – The Merdeka Times
Sumber: Al Jazeera
No comments
Post a Comment