NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kesan boikot akhirnya Starbucks dan H&M ambil keputusan tutup semua cawangan

Rangkaian kafe kopi Starbucks dan butik fesyen H&M di Maghribi akan ditutup secara kekal sebelum akhir tahun ini, menurut laporan dari media tempatan.

Kedua-dua jenama popular itu terpaksa menutup perniagaan mereka disebabkan permintaan yang rendah, yang diakibatkan oleh boikot berterusan oleh orang ramai berikutan perang Israel di Semenanjung Gaza.

“Menurut maklumat yang boleh dipercayai, dua jenama global utama, terutamanya jenama pakaian H&M dan rangkaian kedai kopi Amerika, Starbucks akan meninggalkan Maghribi bermula pada 15 Disember ini,” demikian menurut penerbitan Maghribi itu.

Pengumuman ini menimbulkan kebimbangan tentang situasi ekonomi di Casablanca kerana H&M dan Starbucks merupakan penyedia pekerjaan untuk ratusan warga Maghribi.

Sebilangan pekerja Starbucks menyatakan bahawa rangkaian kafe kopi di Maghribi mengalami masalah kewangan kerana kurangnya permintaan.

“Ia akan menjadi bencana, kami mempunyai lebih 100 pekerja. Ke mana kami akan pergi selepas ini? Mudah-mudahan, laporan (penutupan) ini tidak benar,” kata seorang pekerja kedai Starbucks.

Starbucks beroperasi di 18 lokasi di Maghribi, sementara H&M hanya membuka empat gedung di negara Afrika Utara tersebut.

Kedua-dua jenama ini menghadapi tekanan akibat kempen boikot yang menyasarkan jenama dan kedai Barat, terutamanya yang dimiliki oleh Zionis sebagai tindak balas terhadap perang tentera Israel di Gaza.


facebook sharing button
twitter sharing button
gmail sharing button
telegram sharing button
whatsapp sharing button

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo