NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes denggi meningkat 89.3%, kata KP Kesihatan

Jumlah kumulatif kes denggi hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3% iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan. 


KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun ini hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3% iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan.

Radzi berkata dalam tempoh sama, sebanyak 92 kes kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan iaitu meningkat daripada hanya 49 kematian pada tahun lepas.

“Pada Minggu Epidemiologi ke-50 2023 (ME50) iaitu bagi tempoh 10 hingga 16 Dis, jumlah kes denggi dilaporkan turut meningkat sebanyak 6.5% atau 192 kes dengan 3,140 kes direkodkan berbanding 2,948 kes pada minggu sebelumnya.

“Bilangan lokaliti ‘hot spot’ yang dilaporkan pada ME50 juga bertambah kepada 124 lokaliti berbanding 101 lokaliti hot spot pada minggu sebelumnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 95 lokaliti adalah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (13 lokaliti), Perak (tujuh lokaliti), Sabah (empat lokaliti), Negeri Sembilan (dua lokaliti) dan masing-masing satu lokaliti di Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan kes denggi terus meningkat hingga tahun hadapan, oleh itu masyarakat perlu terus memberi perhatian serta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan itu tatkala negara ketika ini juga sedang berdepan peningkatan kes Covid-19.

Menurutnya, menjaga kebersihan rumah dan persekitaran serta memastikan ia bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes adalah tanggungjawab bersama.

“Masyarakat dinasihatkan untuk terus melakukan aktiviti gotong-royong kendiri. Luangkan masa bersama keluarga memeriksa tempat pembiakan aedes di dalam dan persekitaran kediaman kita sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu,” katanya.

Orang ramai yang secara berterusan mempunyai simptom denggi seperti demam berterusan, cirit-birit dan sakit badan walaupun diuji negatif Covid-19, juga dinasihatkan untuk menjalani ujian demam di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

Dalam pada itu bagi survelan kes chikungunya, Radzi berkata tiada wabak chikungunya dikesan pada ME50 namun satu kes direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes penyakit itu sehingga kini ialah 193 kes .

Bagi survelan zika pula, beliau berkata sebanyak 3,733 sampel darah dan 411 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil semua sampel itu negatif.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo