NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Covid-19 naik, lebih ramai beli pelitup muka



PETALING JAYA: Pembelian pelitup muka menunjukkan peningkatan susulan lonjakan jangkitan Covid-19 baru-baru ini, menurut pembuat produk penjagaan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ideal Healthcare Haminuddin Hamid, berkata jualan pelitup muka meningkat banyak, dan orang ramai mungkin menyimpan stok memandangkan peningkatan kes jangkitan.

Beliau memberitahu FMT, syarikatnya masih mampu menguruskan lonjakan permintaan itu dengan stok sedia ada, selain jualan kepada hospital kekal normal untuk tempoh biasa akhir tahun.

“Tetapi kami bersedia melonjakkan pengeluaran bila-bila masa. Kami telah merancang membawa masuk bahan mentah mencukupi bagi memenuhi permintaan, khususnya (untuk menghasilkan) pelitup muka pembedahan serta N95 untuk (sektor) kerajaan,” katanya.

Pada Ahad, kementerian kesihatan berkata bilangan kes baharu Covid-19 meningkat 57.3% kepada 3,626 minggu lalu, berbanding 2,305 direkodkan minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan, berkata terdapat lapan kluster aktif melibatkan 121 kes, manakala kemasukan ke hospital meningkat 2.9%. Katanya, keadaan terkawal dan fasiliti kesihatan tidak terbeban.

Bagaimanapun, Berita Harian memetik pakar virologi Universiti Malaya Sazaly Abu Bakar, berkata jumlah sebenar kes Covid-19 mungkin lebih tinggi kerana ramai tidak melakukan ujian pengesanan kendiri atau melaporkan sekiranya sah positif.

Beliau dilaporkan berkata jumlah sebenar kes Covid-19 mungkin sekitar 5,000 hingga 10,000 kes.

Bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata Putrajaya mesti memantau rapat situasi Covid-19, khususnya untuk kemunculan varian baharu.

“Kerajaan juga perlu memantau sebarang peningkatan jumlah kemasukan ke hospital serta kematian akibat Covid,” kata bekas Ahli Parlimen Gopeng itu.

Bagaimanapun, dengan 98% kes dilaporkan hanya menunjukkan gejala ringan, Lee berkata tiada keperluan untuk kerajaan mengenakan langkah pencegahan buat masa ini.

Sebaliknya, individu berisiko tinggi wajar mengambil langkah pencegahan sendiri dengan memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan diri, katanya.

Lee berkata, Covid-19 seperti penyakit bermusim lain seperti influenza, dan akan menjadi “fenomena berterusan”.

Katanya, jumlah kes akan turun naik, manakala peningkatan kes akan membawa kepada imuniti kelompok, seterusnya membawa kepada penurunan kes.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo