NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Covid-19 di Johor naik mendadak



JOHOR BAHRU – Seramai 103 pesakit Covid-19 dilaporkan masih menerima rawatan di hospital di negeri ini termasuk tiga pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling berkata, pola pelaporan Covid- 19 bagi Johor dalam tempoh beberapa bulan ini menunjukkan peningkatan yang mendadak.

Sehingga 16 Disember lalu, secara kumulatif terdapat 401,886 kes Covid-19 telah dilaporkan termasuk 398,803 kes jangkitan tempatan manakala baki 3,083 kes  import.

“Daerah Johor Bahru merekodkan kumulatif tertinggi sebanyak 1,995 kes Covid-19 diikuti Kluang (524 kes) dan dan Kulai ( 487 Kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Kerajaan Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor ( JKNJ) akan terus memantau perkembangan jangkitan Covid-19 serta memastikan langkah pencegahan dan kawalan dilaksanakan secara berterusan.

“Orang ramai digalakkan untuk terus mengamalkan penjagaan kesihatan seperti memakai pelitup muka selain mengelakkan 3S iaitu elakkan tempat sesak, sempit dan sembang rapat

Manakala Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan keluarga,” katanya. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo