Menurutnya, perkembangan yang menarik apabila PMX makin terdesak.
“Saya lihat semakin rencam strategi yang digunakan oleh PMX untuk mengukuhkan Kerajaan Perpaduan untuk menarik pembangkang bersama dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, mungkin ramai yang bingung mengapa PMX meskipun dari sudut jumlahnya telah mencapai jumlah dua pertiga sokongan ahli parlimen namun pagi, petang, siang dan malamnya bekerja keras untuk menarik sokongan bersama dalam Kerajaan Perpaduan.
“Bermula dengan pujukan secara terbuka, malahan baru-baru ini kita dikejutkan satu laporan portal yang mengatakan bahawa PAS menolak kerjasama dengan PMX oleh gerakan Islam antarabangsa. Aik, kenapa PAS pula?” ujar brliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai.
Maklumlah, katanya kerajaan yang tertubuh bermula dengan tidak ada faktor wow, yang selalu dilalui oleh setiap Perdana Menteri baru, tetapi tidak berlaku pada kepimpinan PMX.
Apa tidaknya, ujar beliau semua agenda reformasi dan hentam kerajaan waktu menjadi pembangkang dilanggarnya.
“Ia buat apa yang dia dan gengnya hentam lunyai kerajaan sebelum ini, seolah-olah beliau sebagai pemuda suci waktu jadi pembangkang. Sekarang sudah terang lagi bersuluh,” katanya lagi.
Menurutnya, ia tidak sedar rakyat Malaysia yang pantas mendapat maklumat tidak boleh terima cara kepimpinan seperti ini.
Katanya lagi, tambahan pula dengan DAP yang terus menggasak untuk mencapai cita-cita politik mereka selama ini telah menambah perencah ketidakstabilan politik PMX.
Menurut Idris, kerajaan hari ini tidak mampu menarik sokongan Melayu.
Katanya, peranan Umno untuk menarik sokongan Melayu tidak menjadi, kuku dan taring terpaksa disembunyi untuk agenda peribadi pemimpin sahaja.
Malahan, ujar beliau ahli akar umbi mula memberontak banyak agenda Melayu tidak kedengaran lagi, malahan dilihat ikut telunjuk DAP.
“Manakala parti Amanah pula masih dilihat sebagai anak emas DAP yang tidak mampu membawa nilai tambah kepada PMX,” ujarnya.
Setakat hari ini, kata beliau PAS dan PN menjadi payung orang Melayu di nagara ini.
“Apa yang boleh respons ialah terima kasih kerana telah mengiktiraf kualiti PAS.
Namun, tegasnya PAS tetap tidak akan bersama dengan Kerajaan Perpaduan yang retak menanti belah. – HARAKAHDAILY 23/12/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment