NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa Tony Pua tak kritik projek terowong dasar laut, tanya Puad




KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO menempelak Tony Pua yang mencadangkan supaya kerajaan menyediakan penerbangan percuma kepada rakyat Malaysia ke Singapura berbanding melaksanakan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa Pua gagal menilai projek HSR dari aspek limpahan.

Menurutnya, HSR adalah “game changer” yang akan membangun kawasan sekitar stesen-stesen nanti, sudah tentu manfaat ekonominya amat besar.

Tambah Puad, HSR juga memberi manfaat kepada semua pengguna.

Beliau turut menekankan bahawa HSR tidak menggunakan dana kerajaan sebaliknya inisiatif swasta.

Dalam pada itu, Puad turut mempersoalkan kenapa Pua tidak mengkritik projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

“Apakah ia prioriti? Pulau Pinang sudah ada dua jambatan,” katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Rengit itu, mujur Tony Pua tiada lagi jawatan dalam kerajaan, malah makin tersisih dalam politik DAP.

“Dia punahsihat,” kata Puad.

Kelmarin dalam hantaran di Facebook, Pua berkata, cadangan itu diberikan kerana kos untuk melaksanakan HSR bernilai kira-kira RM80 bilion tidak termasuk nilai faedah.

Dengan mengambil nilai faedah lima peratus, kerajaan akan menanggung RM4 bilion setahun untuk projek itu. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo