Segalanya canggung dan seperti layangan boomerang yang membaham tengkuk mereka sendiri, sifir politik kononnya kerajaan perpaduan jauh meleset, tiada kimia yang menyatukan.
Buktinya jelas, jika dalam PRU15 dahulu, jika dicampur jumlah undi PH dan BN adalah sebanyak 46,875 namun ketika PRK kelmarin mencatatkan undi BN menurun sebanyak 27,778. Dengan erti kata lain koalisi Pakatan Harapan BN kehilangan 19,097 undi.
Faktor pertama adalah kejituan jentera pilihan raya PAS Terengganu yang berkampung dua bulan lebih awal di Kemaman. Semua jentera DUN berkampung awal bagi memastikan PAS mampu mengekalkan P40 Kemaman dengan majoriti yang selesa. Makan malam dana pilihan raya digalang dan diadakan di Maahad Darul Quran Rusila. Dengan jaringan kekuatan PAS yang mencapah di peringkat akar umbi, kekuatan jentera cawangan dimotori dengan program ilmu dan tajnid. Jentera tempatan juga dikuatkan dengan Pusat Khidmat Masyarakat yang sentiasa membuka pintu untuk membantu masalah rakyat.
Faktor kedua adalah faktor penolak kepada kepimpinan Anwar Ibrahim yang dihat mengheret Malaysia ke arah ‘failure state’, maksiat dan mungkar makin menggebu termasuk isu penjualan arak di kedai runcit Lembah Klang, konsert hedonisme makin bersemarak, budaya seks sonsang juga semakin menjadi-jadi. Rakyat Kemaman marah dengan tindakan Anwar yang menyekat hak royalti negeri Terengganu. Puluhan tahun royalti masuk ke kantung kerajaan Terengganu namun kontradiknya, Anwar Ibrahim saat kempen pilihan raya kecil Kemaman dengan arogan menyatakan Kerajaan Pusat tidak akan salurkan royalti menerusi kerajaan negeri. Konsep federalisme dirosakkan dengan serius di zaman Madani, lihatlah layanan kerajaan Persekutuan kepada negeri pembangkang.
Faktor ketiga adalah betapa alergiknya orang Melayu kepada DAP yang menjadi parti paling dominan dalam kerajaan Anwar. Sikap DAP selamanya ini sangat menghiris perasaan orang Melayu, mereka masih tak berundur daripada perjuangan Malaysian Malaysia. Deklarasi Setapak belum dibatalkan oleh DAP, kerajaan Pulau Pinang mendapatkan peruntukan yang sangat besar daripada kerajaan Anwar sedangkan lihatlah layanan Anwar kepada negeri ‘Malay belt’.
Paling merobek hati orang Melayu isu jawatan Perdana Menteri kepada bukan Melayu, tiada mengambil iktibar isu Mejar Rabuka di Fiji pada tahun 1987. Kesilapan fatal.
Koalisi BN-PH ialah tindakan Lim Kit Siang yang sehari sebelum hari pengundian 2 Disember telah membuat satu hantaran dalam Facebook beliau yang mahu bukan Islam menjadi Perdana Menteri. Sepantas kilat dan halilintar menyambar bumi, hantaran tersebut memancing emosi di pelbagai kumpulan aplikasi WhatsApp.
Faktor keempat adalah kebijakan PAS meletakkan MB Terengganu yang juga Naib Presiden PAS sebagai calon PRK Kemaman, ketokohan, kompetensi, aura kepimpinan Dr. Sam yang sememangnya diakui oleh kawan dan lawan. Berbekalkan kuafilikasi kertas dan bakat pada sosok anak Jerteh ini maka para pengundi merasa yakin akan kejayaan Dr. Samsuri dalam mentadbir Negeri Terengganu sejak Mei 2018. Nama Terengganu diratib banyak pihak samada positif atau dengan nada negatif, terus mewangi dan mengamit lebih 10.6 juta pengunjung pada tahun 2022. Jenama PAS sebagai gerakan Islam yang lebih 72 tahun bergerak di medan operasional negara ini, bukan sekadar badan siasah namun harum dalam bidang kebajikan, dakwah, pendidikan, amal tarbawi. Insya-Allah masa itu akan tiba saatnya! – HARAKAHDAILY 3/13/2023
Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment