KUALA LUMPUR – Konvesyen Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mendakwa kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerusi parti itu semakin mengecil.
Perwakilan dari Terengganu, Muammar Qadaffi Mohd Nasir berkata, walaupun sudah lapan tahun dalam gabungan PH namun Amanah masih menjadi parti yang sering berkorban demi memastikan kerjasama antara gabungan itu terus kukuh.
“Amanah sentiasa menjadi (parti) yang perlu berkorban. Saya yakin manfaat kerjasama (lebih banyak) daripada mudarat yang ada.
“Cabaran kita ketika ini bagaimana untuk berjuang menjadi parti pilihan anak muda. Sebuah parti yang idealis dalam benar-benar membawa suara golongan tersebut.
“Jadi, kita perlu bergerak untuk mencari kaedah menarik sokongan anak muda dalam keadaan kek atau kerusi Amanah yang semakin kecil ini,” katanya ketika membahaskan Pidato Ketua Pemuda sempena Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 di Bangsar South hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Muammar Qadaffi berkata, demi memastikan keruntuhan Kerajaan Perpaduan yang terbentuk antara PH dan BN – parti pimpinan Datuk Seri Mohamad Sabu itu mengambil sikap berlapang dada walaupun peluang untuk bertanding pilihan raya semakin mengecil.
Untuk rekod, Amanah meletakkan calon di 54 kerusi Parlimen di Pilihan Raya Umum ke-15 namun hanya lapan kerusi yang berjaya dipertahankan. – MalaysiGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment