Punca kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman disebabkan segelintir pemimpin parti itu yang melebih-lebih menyokong DAP, dakwa Isham Jalil.
Isham yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berbeza pandangan dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dalam penafian selepas kalah teruk di Kemaman apabila hilang undi lebih banyak berbanding pilihan raya sebelum ini.
Menurut beliau, sikap lebih sudu dari kuah setiap kali kepentingan DAP dilihat tergugat menjadi punca sokongan orang Melayu terhadap UMNO terjejas sehingga menyebabkan parti berkenaan kalah dalam pilihan raya.
“Jadi saya nak cakap, cukup-cukuplah jadi ‘penjilat’ DAP,” katanya seperti dipetik daripada rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook beliau, hari ini.
Calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 37,220 undi mengatasi calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Raja Mohamed Affandi yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera meraih sebanyak 27,778 undi, menyusut berbanding 38,535 undi diterima bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Isham memberitahu, kerjasama antara UMNO dan DAP dalam kerajaan campuran juga telah menyebabkan sokongan orang Melayu beralih kepada parti lain.
“Sekarang ini bila kita bersama dengan DAP, mereka tak yakin kita boleh perjuangkan Melayu dan Islam,” jelasnya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment