NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JSR rintis usaha mohon geran tanah peneroka Felda




KEMAMAN: Selepas PAS menguasai Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 usaha dilakukan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Felda Kerteh 5 dan 6 bagi membolehkan peneroka memiliki geran kebun dan tapak rumah.

Sedangkan sebelum itu tiada usaha dilakukan pemimpin cawangan Umno biar pun kawasan pembangunan tanah Felda terbabit diwujudkan sejak awal 1980-an.

Bagaimanapun peluang kewujudan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS membolehkan JSR memulakan usaha bagi membolehkan kesemua peneroka di Felda Kerteh 5 dan Kerteh 6 memiliki geran tanah.

Seorang peneroka Musa Muhamad, 71, berkata, beliau bersama rakan-rakan dalam jawatankuasa JSR memohon kerajaan negeri meluluskan geran tanah kebun dan tapak rumah.

Katanya, usaha untuk mendapat geran hak milik bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan Felda dan kerajaan negeri.

“Kami turun naik pejabat Felda, Pejabat Daerah Kemaman dan Pejabat Daerah Dungun bermula pada tahun 2000 bagi membolehkan geran hak milik diproses kerajaan negeri,” katanya Ketika ditemui.

Menurutnya hasil usaha itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Menteri Besar Tuan Guru Abdul Hadi Awang datang menyampaikan geran kepada peneroka pada 2002.

Kata beliau ketika itu seramai 304 peneroka bagi fasa satu dan fasa dua menerima geran disampaikan Menteri Besar.

Bagaimanapun katanya peneroka yang kebun mereka terletak di bawah pentabiran Pejabat Daerah Dungun mengambil masa untuk diselesaikan.

“Betapa gembira perasaan kami selepas berpuluh tahun meneroka tanah di Felda Kerteh 6 akhirnya mendapat geran hak milik tanah sendiri.

“Manakala selebihnya peneroka menerima geran bagi fasa ketiga ketika di bawah kerajaan BN, setelah kami merintis usaha-usaha awal,” ujarnya.

Di bawah kerajaan PAS juga hasrat generasi baharu Felda untuk memiliki tapak rumah sendiri menjadi kenyataan selepas perkara itu separuh selesai di era kerajaan BN.

Hanim Abdul Ghani

Hanim Abdul Ghani, 48, isteri generasi kedua Felda berkata, ketika era kerajaan BN hanya 33 generasi kedua dalam kalangan keluarga Umno sahaja mendapat geran.

Katanya, penyokong PAS disisihkan daripada mendapat tanah lot tersebut.

“Dan setelah PAS sekali lagi mentadbir kerajaan negeri, pada 2018 sebanyak 220 diberi hak milik kepada generasi kedua yang layak.

“Keluarga kami membayar premium tanah sebanyak RM3,700 bagi membolehkan proses pengeluaran geran dilakukan kerajaan negeri,” ujarnya.

Tapak rumah tersebut terletak di Kampung Rahmat di mana sudah ada generasi kedua yang membina rumah di lokasi terbabit.

Projek tapak rumah itu merupakan sebahagian daripada Rancangan Tanah Berkelompok diberi kerajaan negeri kepada penduduk yang layak. – HARAKAHDAILY 1/12/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........

PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo