NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jordi Amat patut kena kad merah



Legenda bola sepak negara, Safee Sali, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Razman Roslan, sependapat tindakan pengadil, S Logeswaran, agak 'bermurah hati' kerana memberikan dua sepakan penalti dalam 45 minit pertama pertembungan final Piala Malaysia 2023, sebentar tadi.
Mereka sependapat sepakan penalti awal yang diperoleh Harimau Selatan bukanlah satu kekasaran yang boleh mendorong kepada gol awal itu pada minit ke-6.
Sebaliknya, gerakan Ivan Mamut memperdayakan Jordi Amat yang kemudian terpaksa bertindak drastik untuk menghalang penyerang import Terengganu FC itu daripada melepasi rembatan.
Pengadil kedua kemudian memberi isyarat kepada Logeswaran yang kemudian mengubah pendiriannnya mengenai insiden pada minit ke-21 tersebut untuk skuad Peteh mengikat kedudukan 1-1.
"Ivan Mamut boleh menjaringkan sebab satu lawan satu dengan Syihan (Hazmi Mohamed).
"Seharusnya merah boleh dilayangkan terhadap Jordi Amat," kata Safee di tepi padang Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Tambah Zainal Abidin: "Satu kedudukan menjadi tanda soal kerana Jordi Amat merupakan pertahanan terakhir jadi sepatutnya kad merah.
"Saya juga setuju kad merah harus dilakukan."
Razman turut memuji bantuan daripada pengadil kedua tatkala Logeswaran teragak-agak untuk mengenal pasti kejadian tersebut.
"Pengadil seperti tidak mahu tetapi bantuan pengadil lain memberikan sepakan penalti," katanya.

Sumber I Stadium Astro


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo