NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JDT, TFC terikat 1-1 separuh masa pertama



KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Skuad Harimau Selatan hanya memerlukan enam minit untuk berada di hadapan apabila Bergson Da Silva menyempurnakan sepakan penalti selepas Azam Azmi Murad didakwa mengasari Fernando Forestieri.

Kelebihan itu bagaimanapun dipadam penyerang import TFC, Ivan Mamut juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 apabila dia dijatuhkan kapten JDT, Jordi Amat.

JDT yang dilihat lebih mengasak kubu TFC berjaya melakukan beberapa percubaan ke arah gawang yang dikawal penjaga gol, Suhaimi Husin, namun gagal membuahkan hasil.

Tidak dapat dinafikan pergerakan kedua-dua pasukan dilihat terganggu dengan keadaan padang yang rosak terutama di bahagian tengah.


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo