NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan paksa ahli UMNO ‘cuci DAP’ – Sollehin



KUALA LUMPUR – UMNO disarankan keluar dari Kerajaan Perpaduan sekiranya tidak berani menegur kebiadaban pemimpin-pemimpin DAP.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, ahli-ahli parti tidak bersetuju dengan sikap pemimpin-pemimpin DAP seperti Tan Sri Lim Kit Siang dan Tan Kok Wai.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa akar umbi tidak sepatutnya dipaksa ‘mencuci DAP’.

“Jangan paksa kita cakap, tuan-tuan tengoklah DAP hari ini DAP yang baik, DAP hari ni DAP yang bagus.

“Kenapa kita UMNO beriya-iya nak cuci diaorang? Ada tak diaorang cuci UMNO?” katanya seperti dipetik daripada rakaman video yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Pada 29 November lalu, Kit Siang ketika berucap di hadapan sekumpulan pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, Kok Wai ketika berucap pada Konvensyen DAP Kuala Lumpur Ahad lalu mencadangkan agar kerajaan memulakan pelaksanaan pilihan raya PBT di ibu negara.

Kenyataan veteran DAP serta Pengerusi DAP Kuala Lumpur itu telah mencetuskan kontroversi dan dibantah oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Mohammad Sollehin mendakwa, pemimpin-pemimpin DAP bukan sahaja tidak ‘mencuci UMNO’ malah ada dalam kalangan mereka yang mengutuk UMNO ketika menyampaikan ceramah.

“Siap bercakap kutuk UMNO lagi, Tony Pua balun UMNO masa tu, (Setiausaha Agung DAP), Anthony Loke ada je dalam program tu,” jelasnya.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran menukar portfolio Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Luar dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

“Dalam keadaan Presiden UMNO tak sihat, baru lepas pembedahan, kita letak Timbalan Presiden sebagai Menteri Luar. Siapa yang nak pimpin UMNO ni?” soalnya.

Sehubungan itu, Mohammad Sollehin berharap pucuk pimpinan UMNO mendengar suara akar umbi mengenai hubungan dengan DAP.

“Jangan pekakkan telinga. Kita dah cuba, kita dah paksa, kita dah suruh tapi ahli parti tak boleh terima,” katanya.

Beliau turut menyatakan kesediaan sedia menerima apa sahaja tindakan disiplin yang mungkin dikenakan oleh UMNO berikutan kritikan terbukanya itu.- MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo