NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan angkuh menang di Kemaman - Asyraf Wajdi



SHAH ALAM - UMNO akan terus membina kembali kekuatan, kepercayaan dan keyakinan bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai demi Islam, bangsa serta negara tercinta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan ahlinya supaya tidak kecewa dengan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

“Kalah menang bukan alasannya. Ada kala menang dan ada kala kalah. Ketika menang jangan angkuh dan ketika kalah jangan kecewa.

“Buat semua pengundi setia Barisan Nasional (BN), terima kasih banyak kerana masih menyakini perjuangan ini.

“Buat seluruh jentera BN seluruh negara yang bertungkus lumus di Kemaman selama lebih 14 hari, sekalung penghargaan setingginya atas usaha dan ikhtiar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Setakat Jam 8.40 malam, calon Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan 62,215 undi, manakala Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor daripada BN memperoleh 26,940 undi.

Asyraf Wajdi turut mengucapkan tahniah kepada Pas atas kemenangan besar di Parlimen tersebut.

“Ini bermakna Perikatan Nasional kekal mempertahankan 69 kerusi Parlimen ketika ini. Manakala Kerajaan Perpaduan kekal didokong 152 ahli Parlimen.

“Tiada apa-apa perubahan kepada Kerajaan Perpaduan. Sekarang boleh fokus segala usaha membela kebajikan rakyat dan memacu kembali ekonomi negara,” ujarnya.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo