- Israel akan berusaha menyediakan entiti Palestin yang ‘moderat’ bagi memerintah Gaza, kata Penasihat Keselamatan Israel, Tzachi Hanegbi.
- Hanegbi dalam komentarnya disiarkan akhbar Saudi, Elaph pada Khamis berkata, perkara itu bertepatan dengan kehendak global yang mahu melihat Pihak Berkuasa Palestin (PA) menggantikan Hamas bagi pentadbiran wilayah konflik itu.
- “Kami jelaskan untuk perkara ini berlaku (pertukaran kepimpinan di Gaza), PA perlu menjalani reformasi asas,” katanya dipetik The Jerusalem Post.
- Terdahulu, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata sebarang percaturan mengenai masa depan Gaza dan Palestin yang dilakukan tanpa melibatkan Hamas dan Mujahidin hanyalah angan-angan dan ilusi, kata pemimpin Hamas.
Israel akan berusaha menyediakan entiti Palestin yang ‘moderat’ bagi memerintah Gaza, kata Penasihat Keselamatan Israel, Tzachi Hanegbi.
Hanegbi dalam komentarnya disiarkan akhbar Saudi, Elaph pada Khamis berkata, perkara itu bertepatan dengan kehendak global yang mahu melihat Pihak Berkuasa Palestin (PA) menggantikan Hamas bagi pentadbiran wilayah konflik itu.
“Kami jelaskan untuk perkara ini berlaku (pertukaran kepimpinan di Gaza), PA perlu menjalani reformasi asas,” katanya dipetik The Jerusalem Post.
Terdahulu, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata sebarang percaturan mengenai masa depan Gaza dan Palestin yang dilakukan tanpa melibatkan Hamas dan Mujahidin hanyalah angan-angan dan ilusi, kata pemimpin Hamas.
Sementara itu, Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menolak pandangan Hanegbi dan menyatakan ia tidak mewakili Israel.
“PA bukanlah penyelesaian – ia adalah sebahagian yang signifikan dari masalah,” kata Menteri Kewangan Israel itu.
Sumber dalaman Pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menolak kritikan Smotritch dan menjelaskan Hanegbi merujuk kepada kemungkinan membawa pihak yang pada hemat rejim zionis penjajah Israel tidak menyokong, mempromosi atau membela keganasan untuk mentadbir Gaza. – The Merdeka Times
No comments
Post a Comment