PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil menjelaskan beliau dilabel sebagai “barua” Bersatu selepas pertemuannya dengan Khairuddin Abu Hassan, yang juga penyokong kuat Dr Mahathir Mohamad.
Isham berkata, beliau bertemu Khairuddin kerana suami kepada pelakon Umie Aida itu ingin memperbaiki hubungan dengan Umno dan bekas perdana menteri Najib Razak selain
untuk “penyatuan Melayu”.
“Berkenaan spesifik Khairuddin satu hari dia nak jumpa saya nak memperbaiki hubungan dengan Umno dan Najib. Dia suka Najib dan dia juga orang Umno dulu.
“Sebagai MKT Umno dan kawan lama dia, bila orang hubungi nak jumpa nak makan…dikata nak perbaiki hubungan dengan Umno dan Najib takkan saya nak tolak, cakap tak boleh. Padahal dulu saya kenal, jumpa dia…dia kawan saya.
“Sekarang pun dia kata nak memperbaiki hubungan dengan Najib dan Umno untuk ke arah penyatuan balik orang Melayu takkan kita nak tolak pula,” kata Isham dalam video di Facebooknya.
Penjelasan Isham itu susulan penyebaran gambarnya bersama Khairuddin yang dilihat sebagai pro-Perikatan Nasional di sebuah restoran.
Semalam, Ahli MKT Umno, Razlan Rafii, mendedahkan Isham beberapa kali tidak menghadiri mesyuarat pimpinan parti dan didakwa mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan daripada Bersatu.
Isham “diserang” ahli MKT Umno selepas memberi dua senario, termasuk kerjasama PAS dengan partinya bagi membolehkan Ahmad Samsuri Mokhtar yang menang besar pada PRK Kemaman Sabtu lalu menjadi perdana menteri sebelum PRU16.
Hari ini, Isham menggelar segelintir individu dalam Umno sebagai “barua DAP” yang menjadi punca parti itu terus ditolak orang Melayu.
Kenyataan itu “mengundang kemarahan” Puad Zarkashi yang mendakwa Isham berterusan menyerang kerjasama Umno dan Pakatan Harapan khususnya DAP “sebagai tali barut Bersatu”.
Sementara itu, Khairuddin memaklumkan beliau hanya minum kopi bersama Isham yang juga sahabat lama dan “tiada apa akan berlaku”.
“Tolong jangan panik dan buat spekulasi rambang. Kami mungkin ada perbedaan pendapat dalam politik tetapi hubungan silaturahim serta persahabatan tetap erat.
“Kami hanya sembang kosong,” katanya di platform X.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment