NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isham Jalil enggan hadiri mesyuarat MKT UMNO, dakwa Zahid guna veto untuk kepentingan diri sendiri



Isham dalam satu hantaran di Facebook, berkata dia tetap tidak akan menghadiri mesyuarat MKT Umno malam ini sebagai bantahan.

“Saya sudah kata sebelum ini yang saya kekal dengan pendirian saya untuk protes dan selagi dia membuat keputusan untuk pergi pilihan raya dengan DAP saya akan protes dan tidak akan hadir mesyuarat yang dia pengerusikan dan dia veto keputusannya.

“Ini penggal kedua saya dalam Majlis Tertinggi, saya sudah boleh baca apa yang dia akan buat dalam mesyuarat. Buat apa saya ikut kemahuan dia dan datang tadah muka di lubuknya,” katanya

Isham dalam hantarannya membuat cabaran kepada Zahid untuk berdebat dengannya.

“Kalau dia ikhlas, mungkin presiden boleh tunaikan cabarannya untuk berdebat dengan saya sebelum ini, di gelanggang yang neutral.

“Kalau dia berani,” cabarnya.


Isham turut mengulangi kenyataannya bahawa bahawa ramai orang Melayu kini menolak Umno oleh kerana keputusan bekersama dengan DAP.

“Jika keadaan ini berterusan, Umno akan hancur dalam beberapa tahun lagi,” katanya.


Dia seterusnya mencabar Zahid meletak jawatan, dan berkata dirinya juga akan menyusuli.

“Kita sama-sama berkorban asalkan parti keramat ini dapat diselamatkan selagi ada masa,” katanya.

PAS mengekalkan kerusi Parlimen Kemaman melalui kemenangan Ahmad Samsuri Mokhtar pada PRK itu Sabtu lepas.


MB terengganu itu menang dengan majoriti 37,220 setelah memperoleh 64,998 undi menewaskan calon BN Jen (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lalu yang membatalkan kemenangan penyandang Che Alias Hamid juga daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).  Pada PRU15, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi.


Sumber I Malaysiakini


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo