NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hujan di pesisiran pantai Terengganu, Pahang, Johor hingga Khamis



KUALA LUMPUR - Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan timur Semenanjung dan barat Sarawak sehingga Khamis ini, yang boleh meningkatkan kelembapan dan berpotensi membawa hujan di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, di barat Sarawak, hujan dijangka berlaku pada lewat petang hingga malam serta berpotensi berlanjutan sehingga awal pagi.

MetMalaysia memaklumkan di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga malam.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. - Bernama


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo