NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fahmi nafi dakwaan ahli Parlimen kerajaan sokong PN



SEPANG - Dakwaan pihak tertentu kononnya lebih ramai Ahli Parlimen dari kerajaan akan menyokong Perikatan Nasional (PN) hanyalah spekulasi semata-mata, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan meminta supaya ahli politik parti pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat.

Beliau berkata, kenyataan terbaru oleh seorang ahli politik pembangkang bahawa 10 Ahli Parlimen blok kerajaan bakal beralih sokongan terhadap PN untuk membentuk kerajaan baharu, bukanlah perkara yang menghairankan.

"Kalau kita lihat dari awal sampai sekarang, tiap-tiap bulan ada cerita baharu dan bagi saya ini adalah perkara yang sentiasa akan disebut-sebut, mungkin daripada pihak pembangkang, kerana ada dalam kalangan mereka yang menyebut perkara itu adalah daripada parti berkenaan, dan mereka sekarang dalam keadaan panik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri Program World #QuranConvention 2023 di sini pada Sabtu. - Bernama


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo