NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elak canggah pendapat, faham agenda PAS sebelum sertai PN, pesan DHPP

Ketua Penerangan DHPP Balachandran G Krishnan berkata mereka menghormati MIPP dalam perjuangannya untuk kaum India.



PETALING JAYA: Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) diingatkan supaya memahami agenda PAS untuk mengelakkan sebarang isu dan percanggahan pendapat selepas mereka sah menyertai Perikatan Nasional (PN) nanti.

Peringatan itu diberikan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang tidak mahu kekeliruan wujud menyebabkan perbalahan satu sama lain terutama berkaitan isu Islam sehingga menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.

Ketua Penerangan DHPP Balachandran G Krishnan berkata mereka menghormati MIPP dalam perjuangannya untuk kaum India namun mereka juga perlu memberi ruang dalam membantu kaum lain kerana dinamik politik telah berubah.

“Mereka (MIPP) perlu menerima agenda PN, kedua faham dasar perjuangan PAS supaya kenyataan dikeluarkan nanti tak bercanggah dengan dasar perjuangan dalam PN bagi mengelakkan celaru.

“Akhirnya kerjasama sia-sia dan buang masa apabila kita bergaduh sesama sendiri sehingga rakyat tak suka,” katanya kepada FMT.

Beliau turut menyatakan kesediaan DHPP membantu MIPP memahami dasar Islam dibawa PAS untuk mengelakkan salah faham dan menepis momokkan parti berkenaan tidak mesra bukan Islam dan Bumiputera.

Sabtu lalu, Presiden MIPP P Punithan berkata parti itu akan memohon menyertai PN bagi menguatkan sokongan kaum India kepada gabungan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Chong Fat Full berharap MIPP tidak meletakkan keutamaan bertanding pada pilihan raya dalam menyertai PN sebaliknya fokus menguatkan gabungannya.

“Walaupun mereka tak sebut nak tanding kerusi tetapi mesti ada permintaan (nanti)…boleh minta cuma dapat atau tidak belakang kira.

“Kalau nak masuk PN kena hormati keputusan secara kolektif yang akan tentukan kerusi, kena hormati,” katanya yang mengalu-alukan penyertaan MIPP untuk mengukuhkan gabungan pembangkang.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo