NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua bekas pembantu Najib antara disaman penceramah bebas



Saman difitnah dihantar kepada empat individu termasuk dua pembantu Datuk Seri Najib Razak ekoran tuduhan “ustaz scammer” baru-baru ini

Saman tersebut dikemukakan seorang penceramah bebas, Ahmad Husam Muhamad Baderudin yang menamakan empat defendan dan dua daripadanya adalah Zamil Ibrahim yang juga bekas presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) dan serta bekas pegawai khas Najib, Muhammad Mukhlis Maghribi.

Dua lagi defendan dalam saman itu ialah Ku Muhammad Khairul Amzar Ku Ahmad dan Mohd Fairus Shaari @ Mohd Fazil.

Saman itu difailkan melalui Tetuan Zain Megat & Murad, pada 14 Disember lalu di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Dalam kenyataannya hari ini, peguamnya Muhammad Asyraf Abd Aziz berkata saman itu difailkan berikutan notis tuntutan yang dikeluarkan pada 13 November tidak mendapat respons daripada defendan-defendan.

Husam selaku plaintif mendakwa Mukhlis dan Zamil menulis status di media sosial yang antaranya mendakwa dia seorang “ustaz scamer” dan penipu.

Menurut peguam itu, Mukhlis telah menerbitkan satu hantaran di laman Instagram beliau: “Sesiapa nak tengok Ustaz Scammer boleh pi standby kat Mahkamah Kangar esok (22/6/23) pagi, lebih kurang pukul 8.30am.”

Manakala Zamil pula menulis dan menerbitkan pelbagai kenyataan fitnah antaranya melalui satu video yang dimuat naik di Facebook dengan menuduh Husam kononnya sebagai seorang penipu, menyalahgunakan wang derma orang ramai dan wang zakat.

Muhammad Asyraf berkata, kenyataan-kenyataan fitnah itu berniat jahat bagi memberi kesan serta gambaran amat buruk bahawa plaintif seorang “penunggang agama” yang tidak amanah, penipu dan tidak boleh dipercayai.

Selain gantirugi am RM5 juta, Husam turut memohon permohonan maaf, memadamkan tulisan yang dipertikaikan itu serta tidak mengulanginya serta ganti rugi teruk yang diputuskan oleh mahkamah.


Sumber | Agenda Daily



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo