NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Zaliha tidak menolak ada kepentingan laksana pilihan raya PBT



  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa tidak menolak terdapat kepentingan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur. 
  • “Kalau kita tengok sebenarnya dia di bawah KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) dan saya tidak menolak akan kepentingannya. 
  • “Jadi, apa pun nanti kita akan berbincang dan saya sendiri juga akan berbincang dengan menteri bagaimana. Mungkin benda ini perlu dilihat juga dan ditinjau dengan lebih teliti lagi,” katanya menerusi klip video disiarkan Youtube MalaysiaGazette TV hari ini. 
  • Pada Ahad lalu, DAP menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa tidak menolak terdapat kepentingan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur. 

Dr Zaliha berkata perbincangan akan diadakan berhubung perkara itu dengan menteri yang terlibat.

“Saya ingin menekankan bahawa kita kena lihat juga perkara-perkara yang penting yang perlu dilaksanakan di Kuala Lumpur ini khususnya dan saya tidaklah menolak bahawa ada kepentingannya dari sudut apa yang diutarakan oleh sebahagian daripada warga tentang PBT ini.

“Kalau kita tengok sebenarnya dia di bawah KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) dan saya tidak menolak akan kepentingannya. 

“Jadi, apa pun nanti kita akan berbincang dan saya sendiri juga akan berbincang dengan menteri bagaimana. Mungkin benda ini perlu dilihat juga dan ditinjau dengan lebih teliti lagi,” katanya menerusi klip video disiarkan Youtube MalaysiaGazette TV hari ini. 

Pada Ahad lalu, DAP menggesa Kerajaan Madani mengadakan semula pilihan raya PBT di peringkat bandar raya Kuala Lumpur susulan rombakan Kabinet baru-baru ini, yang menyaksikan pelantikan menteri bagi portfolio khusus untuk Wilayah Persekutuan.

Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tan Kok Wai dilaporkan berkata, cadangan dikemukakan itu bertujuan untuk memperkukuhkan demokrasi di Wilayah Persekutuan. — The Merdeka Times

Sumber: Youtube MalaysiaGazette TV


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo