NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DLP perlekeh kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan – Penyelidik Pendidikan

Foto: Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.


  • Program Dwibahasa (DLP) dimulakan pada 2016 disifatkan sebagai satu usaha ‘pelekehan’ atau ‘menghina’ kedudukan bahasa Melayu yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, kata Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.
  • Anuar yang juga Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kedudukan bahasa Melayu turut terkandung dalam Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996.
  • Beliau menyeru kepimpinan sistem pendidikan negara kembali kepada teras asal pendidikan iaitu memastikan dan mempertahankan antaranya tanpa kompromi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
  • “Bahasa Inggeris adalah bahasa yang penting untuk dikuasai. Maka usaha memperkasa dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di dalam kelas Bahasa Inggeris,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
  • Beliau mengulas laporan media mengatakan Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati ada murid di sekolah yang melaksanakan DLP tidak mencapai tahap penguasaan asas bahasa Melayu dan bahasa ibunda.

KUALA LUMPUR — Program Dwibahasa (DLP) dimulakan pada 2016 disifatkan sebagai satu usaha‘pelekehan’ atau ‘menghina’ kedudukan bahasa Melayu yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, kata Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad.

Anuar yang juga Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata kedudukan bahasa Melayu turut terkandung dalam Laporan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996.

Beliau menyeru kepimpinan sistem pendidikan negara kembali kepada teras asal pendidikan iaitu memastikan dan mempertahankan antaranya tanpa kompromi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

“Pada masa sama, menerima persefahaman berkaitan penggunaan bahasa ibunda di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK).

“Bahasa Inggeris adalah bahasa yang penting untuk dikuasai. Maka usaha memperkasa dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di dalam kelas Bahasa Inggeris. 

“Lantik lebih ramai guru bahasa Inggeris, tambah masa pengajaran, perbanyakkan bahan bacaan bahasa Inggeris di sekolah, tingkatkan penganjuran bengkel, kem dan aktiviti ko-kurikulum menggunakan bahasa Inggeris di sekolah, sediakan makmal bahasa Inggeris, tambah bilangan program guru penutur asal (native speaker) Bahasa Inggeris di sekolah etc,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau mengulas laporan media mengatakan Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati ada murid di sekolah yang melaksanakan DLP tidak mencapai tahap penguasaan asas bahasa Melayu dan bahasa ibunda.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan menegaskan sekolah yang bersetuju melaksanakan DLP wajib memastikan semua kriteria dipenuhi, termasuk penguasaan bahasa Melayu.

Fadhlina berkata pelaksanaan DLP sebahagian daripada dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI).

Mengulas lanjut, Anuar berkata kepimpinan sistem pendidikan negara perlu mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam kelas Bahasa Melayu.

“Janganlah lagi hendaknya di masa depan ada lagi usaha untuk ‘memperlecehkan’ bahasa Melayu yang jelas kedudukannya di dalam Perlembagaan, Akta dan Dasar Pendidikan negara sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar sistem pendidikan negara,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Anuar Ahmad



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo