Depa nak kuasai bandar, caranya buat Pilihan Raya PBT. Depa memang dah kuasai bandar dengan kuasa ekonomi, tapi tiada kuasa politik.
Nak ada kuasa politik, buat Pilihan Raya PBT. Maka dapatlah kuasa untuk menyusun bandar-bandar, sebab depa memang majoriti ada di bandar-bandar.
Depa nak kuasai Dewan Rakyat. Sekarang ini pun depadah menguasai. Parti depa paling ramai dalam kalangan geng depa. Tapi itu tak cukup. Depa kena berpakat dengan kawan lain untuk dapat kuasa.
Depa sedang rancang untuk menguasai lebih daripada apa yang depa ada sekarang. Caranya buat persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan memberi keuntungan kepada depa. Kerusi depa akan bertambah. Kerusi lawan depa akan tetap sama. Dengan cara ini, depa akan jadi majoriti.
Kini, depa dah masuk campur dalam urusan perundangan Islam pula. Wakil rakyat depa cadang supaya dilantik pakar undang-undang dalam kalangan depa untuk kononnya ‘bantu’ gubal Undang-undang Islam.
Undang-undang Islam bawah Raja-raja Melayu. Di negeri-negeri, Undang-undang Islam dipanggil dengan nama Enakmen Syariah. Nak gubal Undang-undang Syariah, mesti diluluskan dalam DUN, mesti dapat perkenan Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negeri dan Persekutuan.
Adakah hangpa anggap selama ini Raja-raja Melayu gagal berperanan sehinggakan hangpa cadang supaya ada wakil hangpa jadi penggubal Undang-undang Islam?
Satu demi satu hangpa buat sejak hangpa ada kuasa. Kami tak usik pun hangpa, tapi hangpa yang duk galak sakan usik urusan agama kami satu persatu.
Hangpa nak apa sebenarnya? Hangpa nak tiup api ke hangpa nak simbah minyak petrol?
Kalau sampai setara ni depa buat kat kita, masih ada orang kita yang duk kelapaq sokong depa, tak tahu la nak kata apa.
Rupanya watak ‘Buang’ dalam Sarjan Hassan memang betul ada sampai hari ni. Tak ramai, ada seorang dua.
Buang yang seorang dua tu, kemudian kita duduk kembali bersama lawan depa yang nak lawan kita!
YB USTAZ AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY30/12/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment