NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP tidak jaga sensitiviti Melayu Islam, ancam kerjasama PH-BN

Pemimpin Umno berkata lebih mudah untuk mereka meyakinkan pengundi terhadap kerjasama PH-BN, jika pemimpin DAP mengelakkan isu sensitif.



PETALING JAYA: Pemimpin berpangkat tinggi Umno menggesa pemimpin DAP mengelakkan komen sensitif yang akan menjejaskan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed berkata komen sedemikian akan menyinggung perasaan penyokong akar umbi dan menjejaskan usaha parti itu meyakinkan pengundi terhadap kerjasama PH dan BN.

“Komen sebegini menguatkan lagi tanggapan orang Melayu terhadap DAP sebagai parti Cina yang mahu menyingkirkan Islam dan orang Melayu,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, FMT melaporkan beberapa pemimpin akar umbi Umno bimbang parti itu akan hilang sokongan pengundi Melayu jika terus “mesra” dengan PH.

Seorang pemimpin enggan dinamakan dari Johor berkata walaupun PH memenangi PRK Pulai dan Simpang Jeram di negeri itu, ahli akar umbi Umno tidak berminat membantu calon PH berkempen.

Seorang pemimpin dari Pahang pula berkata kerjasama berterusan dengan PH di luar hal ehwal kerajaan akan menyebabkan Umno hilang sokongan, seperti ditunjukkan oleh peratusan pengundi untuk Umno dalam PRK Kemaman.

Nur Jazlan berkata tidak boleh “menyalahkan” penyokong Umno yang dianggap tidak mahu menyokong calon PH kerana sesetengah pengundi Melayu terkejut dengan komen tidak sensitif pemimpin DAP.

“Ahli politik DAP perlu berwaspada,” kata timbalan yang di-pertua Dewan Negara itu.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh turut menggesa semua parti komponen PH mengelak mengulas isu yang dirasakan sensitif oleh orang Melayu seperti agama Islam, royalti dan hak mereka.

“Kami boleh berkawan dengan sesiapa saja, tetapi perlu menghormati prinsip kami dan kami sedia (mengekalkan kerjasama di peringkat persekutuan),” katanya kepada FMT.

Baru-baru ini, pemimpin DAP, Ngeh Koo Ham dikritik pemimpin Umno kerana mencadangkan pakar perlembagaan bukan Islam dilantik menganggotai jawatankuasa khas untuk mengkaji konflik antara undang-undang syariah dan Perlembagaan Persekutuan.Umno, DAP, komen tidak sensitif, Ngeh Koo Ham, kerjasama, pengundi Melayu.


Sumber | FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo