NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Campuri hal ehwal Islam, tiada kepentingan melainkan miliki agenda tersembunyi




KUALA LUMPUR: 
Ketua Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hasan melahirkan rasa kesal terhadap cadangan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham untuk melantik wakil bukan Islam dalam jawatankuasa khas undang-undang syariah.

Wan Hasrina sekali gus menyokong penuh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menegur ahli-ahli politik yang bukan Islam mencampuri urusan agama Islam.

 “Tuanku merupakan ketua agama Islam di negeri, sepatutnya orang bukan Islam tidak mencampuri sebab kita orang Islam pun tidak mencampuri urusan agama lain,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut mempersoalankan agenda mereka yang cuba untuk menyerap masuk dalam kajian syariah berkenaan.

Sedangkan katanya, agama Islam sendiri pun pihak yang melantik ahli jawatankuasa untuk menggubal, mengkaji syariah adalah dalam kalangan orang-orang yang pakar dalam bidang yang terlibat.

“Jadi apa kepentingan dan sebagainya saya tidak nampak melainkan mereka ini cuba untuk menyerap masuk dan mempunyai agenda tertentu yang boleh merosakkan hubungan antara agama dan kaum itu sendiri,” katanya.

Baru-baru ini, Koo Ham dilaporkan mencadangkan supaya kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang ditubuhkan pada awal bulan ini.

Katanya, langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat. – HARAKAHDAILY 31/12/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo