Ini bukanlah kali pertama Ngeh Koo Ham mengungkapkan cadangan yang sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam dan orang Melayu. Ngeh Koo Ham pernah mencadangkan agar hak kebebasan murtad diberikan kepada orang Islam pada tahun 2014. Terbaru, Ngeh merupakan antara ahli parlimen DAP-PH yang membantah Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah.
Pemuda Perikatan Nasional memberikan amaran kepada Ngeh Koo Ham agar sudah-sudahlah cuba mencampuri urusan hal ehwal umat Islam. Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan meletakkan bidang kuasa mahkamah syariah hanya terpakai untuk orang Islam. Sebarang perubahan kepada undang-undang ini tidak langsung menjejaskan orang bukan Islam. Perkara 3(5) pula memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja sebagai pemelihara dan pelindung kesucian agama Islam dalam masa sama menjamin kebebasan agama lain untuk diamalkan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan Ngeh Koo Ham kali ini, menzahirkan lagi sikap bodoh sombong pemimpin DAP dalam memahami realiti negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Persekutuan serta kedudukan orang Melayu Bumiputera yang merangkumi 70% demografi negara.
Tindakan DAP dan pemimpinnya yang berulang-ulang kali menyentuh hal sensitiviti umat Islam dan orang Melayu Bumiputera semenjak menjadi kerajaan Persekutuan membuktikan sikap ekstrim DAP yang ingin mewujudkan Malaysia dalam citra DAP berteraskan Malaysian Malaysia.
Pemuda Perikatan Nasional menyeru agar rakyat bijak menilai berkenaan peristiwa demi peristiwa yang berlaku ini.Sampai bila rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian hendak menyokong kerajaan yang ditadbir oleh parti ekstrim sebegini?
PEMUDA PERIKATAN NASIONAL
Sumber | Harakahdaily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment